Mesin daftar tunai
Mesin daftar tunai

Mesin daftar tunai

Mesin daftar tunai merupakan sebuah peranti mekanikal atau elektronik untuk mengira serta merekod transaksi jualan, serta dilengkapi laci tunai untuk menyimpan wang tunai. Selain itu, ia turut mencetak resit kepada pelanggan. Dalam kebanyakan kes, laci tunai hanya boleh dibuka selepas jualan dilakukan, kecuali menggunakan anak kunci khas yang hanya dipegang oleh pengurus atau pemilik kedai. Ia mengurangkan risiko wang jualan dicuri oleh pekerja dengan tidak merekod jualan dan mengambil wang tersebut, apabila seseorang pelanggan tidak memerlukan resit tetapi sekadar meminta wang baki (wang tunai lebih mudah diperiksa melalui rekod jualan berbanding inventori). Malah, mesin daftar tunai sememangnya mula-mula dicipta untuk tujuan menghapuskan kecurian wang oleh pekerja, dengan nama asalnya "Juruwang Amanah" (Incorruptible Cashier).[1] Adalah dikatakan[1] bahawa penentuan harga ganjil diadakan kerana dengan mengenakan jumlah harga ganjil seperti 49 atau 99 sen, seseorang juruwang perlu membuka laci mesin daftar tunai untuk memulangkan wang baki dan seterusnya mengesahkan jualan.